Sunday, March 31, 2013

Disimpan kembang dibuang sayang

Berakhir sudah cuti sekolah... siapa sebenarnya yang paling down????? mak nya atau anak-anaknya? kalau tanya saya.. sayalah yang paling sedih tak tentu pasal. Sebabnya??? sebabnya cuti kali ini saya tak berkesempatan bawa mereka makan angin, ladies day out dan macam-macam lagi.
Sebabnya?? wah.. saya sebenarnya cuba men 'justify' kesalahan dengan excuses yang berjela-jela nampaknya!!! sebabnya saya masih dalam tempoh probation, cuti sesekali tidak dibenarkan. Jadi saya hanya boleh tebus masa yang tidak dapat diluangkan bersama anak-anak dara saya dengan membelikan mereka 'gula-gula'... macam buku cerita, crosswords dan jajan yang sedap-sedap!. Dan tepat pukul 5.30 petang sayalah lipas yang kudung berlari-lari mengejar lif kerana ingin segera sampai ke rumah dan bergomol dengan mereka. Terukkah saya?
Tadi masa saya membelek-belek peti ais yang macam nak roboh dengan gambar-gambar dan note-note saya terperasan banyak gambar baru yang anak-anak saya letakkan tapi tak sempat lagi saya tengok.
Peti Ais dah bertukar jadi peti gambar

 Ada satu gambar Arissa semasa dia di Tahun 1 bergambar dengan guru kesayangan saya semasa darjah 6 Bakawali 1988 dulu. Oh cikgu.. hampir saya tidak mengenali cikgu kerana rambut cikgu yang hitam dan ikal berombak itu sudah bertukar menjadi putih. Itulah Cikgu Nasaruddin, cikgu kesayangan saya. Seorang guru yang telah mendidik saya menjadi insan yang kiranya berguna pada keluarga, agama dan bangsanya sendiri. Cikgu yang tidak pernah saya lupakan ketika hayat dikandung badan.
Dah terkepak 2 album ni...
Dalam tercari-cari dimanakan album yang sesuai untuk saya abadikan gambar Arissa dan cikgu Nasa, tidak semena tangan tercapai album perkahwinan kami yang hampir 13 tahun tidak saya jenguk. 
Terkejut saya! terkejut bukan kerana tak percaya fizikal kami sudah jauh berubah, tapi terkejut melihatkan halaman album setiap helai sudah bertukar warna dan wajah, dari sehelai kertas putih kini bertukar menjadi coklat dan buruk. Gambar juga bertukar menjadi agak kekuningan. Dan paling nyata, album itu sudah terkoyak dua!

Friday, March 15, 2013

Kembara dalam kenangan

Dah lama saya tidak bercerita.. sebenarnya banyak yang nak dikongsi bersama, tapi waktu membataskan saya untuk menggarap segalanya dalam blog ini.

Setiap petang, dalam perjalanan pulang dari pejabat perkara pertama yang saya akan buat adalah mendengar rancangan kesukaan saya..apa dia? 'Aku, Dia dan Lagu' di Radio Klasik Nasional.

Mendengar kenangan demi kenangan kiriman dari peminat setia rancangan ini kadang-kadang buat bergenang airmata, ada masanya saya tersenyum sendirian walaupun kaki naik cramp menekan minyak dalam mengharungi kesesakan Lorong Keramat ini jika cerita lucu pula menggeletek jiwa. Bertambah sarat perasaan ini bila setiap kenangan itu diselitkan lagu-lagu klasik yang menyentuh perasaan.. terbuai seketika dalam pengalaman dan kenangan mereka.
Benarlah kata pujangga.. kenangan dan pengalaman mendewasakan kita. Hidup tanpa kenangan adalah seperti jasad tanpa rohnya..