Friday, October 25, 2013

Yang boleh dan tidak

Serius! dah lama gila saya tak menulis apa-apa di sini! Sudah hampir 6 bulan.. entah apa laa yang saya buat selama ni.. dah tak ingat.. banyak saya yang dah kerjakan dan dikena kerjakan termasuklah menguruskan majlis perkahwinan adik bungsu saya dengan gadis pilihannya! Selamat Pengantin Baru Yus & Nadiah, moga cinta kalian kekal ke Jannah!

Lepas sesah budak-budak sebab result periksa tak memberangsangkan.. saya jadi stress tak tentu pasal! Lagi-lagi bila tiba-tiba tangal gatal follow instagram Nora Danish.. tiba-tiba rasa stress tengok manusia berkelahi di alam maya dek kerana sekeping gambar! Instagram ada dua jenis puak.. yang satu mereka gelar diri mereka lovers atau kipas susah mati..(diehard fan...) yang satu... digelar haters..si pengkritik/pembenci... jadi bila dah dua spesis ni berjumpa.. berkelahi tak tentu pasal! yang defensive dan offensive

Sebenarnya... adalah hak masing-masing..untuk memuji atau mengkritik.. sesiapa sahaja boleh jadi ustaz/ustazah jadian.. sesiapa sahaja bebas menulis apa yang terjentik dalam fikiran! Macam saya! Tetapi... memuji jangan sampai membangkitkan riak atau berkongsi dosa.. dan mengkritik jangan sampai menghina atau menjatuhkan maruah mereka!

Thursday, April 25, 2013

Patung Kertas 30 sen

Belum lagi surut demam Gangnam, dah keluar pulak demam Gwiyomi! Apa Gwiyomi tu sampai bersunggu Farah Hot FM suruh Faizal buat aksi tu pulak di AM Crew pagi tadi??
Oh, alkisahnya..tentang seorang gadis Korea yang buat aksi mimik muka dan gerakan cute berlatar belakangkan lagu Korea yang haram tak faham sepatah tapi comel je bunyinya!
Orang Korea ni kreatif sungguh! Ada je idea diorang nak promotekan industri seni mereka! Mula-mula demam K Pop, lepas tu drama Korea yang berjurai-jurai airmata, lepas tu Oppa Gangnam.. dan sekarang Gwiyomi!

Oklah, ikut selera masing-masinglah. Mak tak kesah.. janji jangan berlebih-lebihan.
Teringat saya pada patung kertas, mainan saya masa zaman kecil-kecil dulu. Sekeping kertas tebal yang mengandungi sepasang gadis comel bermata bulat dan besar dan  dilengkapi dengan baju, kasut, topi dan handbag sekali. Nanti kita kopeklah patung dan baju-bajunya, lepas tu sangkutlah baju tu di badan patung kertas tu.

Masa tu harganya sekitar RM0.30 hingga RM0.50 sen. Selalunya patung kertas ni di gantung dalam plastik di kedai runcit je. Mana-mana kedai yang jual..saya rasa kedai tu memang happening dan best habis! Masa zaman tu lah!!! Zaman sekarang payah nak dapat! Hari tu ada sekali saya pergi MPH, dia ada menjualnya, tapi dalam bentuk buku. Harganya?? RM29.90!!! Mintak maaflah ye Alisya, Arissa.. jangan harap mama nak belikan benda koyak-koyak ni sampai RM30! 30 sen bolehla!


Wednesday, April 24, 2013

Yang runcing, yang kempis, yang susut..

Seronok ke jadi perempuan?

Seronoklah..sebab kami ada Hari Wanita Sedunia.. lelaki ada??
lagi??
Sebab 90% supplemen dan jamu bagai semua untuk kami.. contohnya? jamu ketat, jamu montot, jamu tegang, jamu susut perut, jamu perawan, jamu ramping, jamu kurus,jamu gemuk, botox kasi hidung mancung boleh sangkut hanger, dagu runcing sampai pusat, kulit putih melepak macam tepung gomak, rambut lebat semualah kami punya!
lagi?
Hm..kalau pergi shopping mall, jika ada 10 tingkat, 9 tingkat semua kami punya! Yang bajunya, yang henbegnya, yang pakaian dalamnya, pinggan mangkuk, periuk belanga, alas meja.. 1 floor sahaja untuk kaum lelaki itu pun kena share dengan pakaian kanak-kanak.
lagi?
Cerita yang meleleh-leleh semua untuk cater market kami.. Adam Hawa, Sehangat Asmara,.. kalau lelaki tengok pun sebab kami yang pelawa. Yelah.. kalau tidak nanti dia kata kami feeling kat hero selain dia pulak.. dah haru! tapi bila dia tengok Baywatch pandai pulak tak ajak kami???
lagi?
kami cuti bersalin boleh sampai 90 hari.. walaupun sebenarnya taklah setimpal dengan sakit beranak atau sengsaranya membawa kandungan sehingga 9 bulan dan jalan dah macam mak ketam, tapi kami tak merungut pun.
Lagi?
Kalau kami bawak kereta slow kat lane kanan, atau tiba-tiba saja slowkan kenderaan tanpa sebab atau parking kereta tayar masuk petak sebelah sekali pun orang tak marah.. paling kuat kami kena horn je.. yang biasa kami dengar..'standard lah, pompuan yang drive!

Tuesday, April 23, 2013

Qasidah siulan Marjinah!

Dua minggu lepas syarikat saya menjemput Ustaz Don untuk bagi ceramah motivasi. Selama ini saya hanya dengar ceramahnya sahaja melalui 30 minit Ustaz Don di TV AlHijrah pasal Rukun Solat. Tengok sekejap pun cukup untuk memperbaiki kembali solat yang selama ni macam ayam patuk itik sudu!

Saya bukan jenis extreme terhadap mana-mana ustaz ataupun ustazah, jauh sekali fanatik dan taksub. Cukuplah sekadar menghadiri ceramah atau kuliah bagi pengisian rohani. Eh, saya tak kisah pun kalau sesiapa sahaja di sekeliling saya obses atau fanatik pada idol tertentu, itukan hak masing-masing. Lagipun tiada salah pun meminati hero/heroin pujaan jika itu boleh membawa impak yang positif terhadap mereka!

Cerita pasal Ustaz Don yang menjadi kegilaan Kak Ton, Kak Jemah, Mak Nab  (semua bukan nama sebenar), bila sahaja Ustaz Don melangkah masuk dewan sahaja, hmmm hilang la malu-malu siput kaum Hawa, terus jadi macam dalam Pasar Borong yang hingaq kerana terkejut dengan style Ustaz Don yang berkemeja siap dengan blazer dan memakai kaca mata Raybannya.. sekali imbas dah macam artis nak promote Xpax Celcom pulak!. Sampai Ustaz Don berkali-kali cakap, "Percayalah saya memang Ustaz Don, cuma hari ni saya mai tak pakai serban!" berderai ketawa ahli majlis mendengarkannya.

Monday, April 22, 2013

Tumbang hujung minggu


Tumbanglah sudah pemimpin yang gagah perkasa Sabtu lepas. Dek tak tahan lagi diasak dengan pelbagai ujian dan cabaran, akhirnya tuan pemimpin kami tersungkur lembik dua hari.
Biru, hijau mukanya lepas balik dari perhitungan di Kota Damansara pada Sabtu pagi.. hari pencalonan.
Ya, sekarang tengah musim demam, demam pilihanraya dan demam seram sejuk sebab cuaca tak menentu. Tapi pemimpin yang tumbang seperti yang saya ceritakan bukanlah Calon PRU13 atau DUN kawasan saya... tapi best friend iaitu suami saya yang tiba-tiba demam di hujung minggu! Elok sahaja balik dari main Futsal di Kota Damansara tiba-tiba terus demam. Kesiannnn.... (macam Rafi assistance Jamil dalam Madu 3 pulak)