Belum lagi surut demam Gangnam, dah keluar pulak demam Gwiyomi! Apa Gwiyomi tu sampai bersunggu Farah Hot FM suruh Faizal buat aksi tu pulak di AM Crew pagi tadi??
Oh, alkisahnya..tentang seorang gadis Korea yang buat aksi mimik muka dan gerakan cute berlatar belakangkan lagu Korea yang haram tak faham sepatah tapi comel je bunyinya!
Orang Korea ni kreatif sungguh! Ada je idea diorang nak promotekan industri seni mereka! Mula-mula demam K Pop, lepas tu drama Korea yang berjurai-jurai airmata, lepas tu Oppa Gangnam.. dan sekarang Gwiyomi!
Oklah, ikut selera masing-masinglah. Mak tak kesah.. janji jangan berlebih-lebihan.
Teringat saya pada patung kertas, mainan saya masa zaman kecil-kecil dulu. Sekeping kertas tebal yang mengandungi sepasang gadis comel bermata bulat dan besar dan dilengkapi dengan baju, kasut, topi dan handbag sekali. Nanti kita kopeklah patung dan baju-bajunya, lepas tu sangkutlah baju tu di badan patung kertas tu.
Masa tu harganya sekitar RM0.30 hingga RM0.50 sen. Selalunya patung kertas ni di gantung dalam plastik di kedai runcit je. Mana-mana kedai yang jual..saya rasa kedai tu memang happening dan best habis! Masa zaman tu lah!!! Zaman sekarang payah nak dapat! Hari tu ada sekali saya pergi MPH, dia ada menjualnya, tapi dalam bentuk buku. Harganya?? RM29.90!!! Mintak maaflah ye Alisya, Arissa.. jangan harap mama nak belikan benda koyak-koyak ni sampai RM30! 30 sen bolehla!
Ingat lagi, sebab kerap sangat bermain patung kertas ni, kadang-kadang sampai lembik terutama bahagian leher patung. Sebab tahu ibu tak mampu nak belikan selalu, saya balut bahagian lehernya dengan selotep. Takdelah dia teleng lagi. Kami adik beradik akan main sampai lunyai dan hilang warnanya!Bila dah bosan dengan baju nya yang sedia ada, saya tambah koleksi dengan melukis/design sendiri outfit baru dengan menggunakan kulit buku yang dah tak pakai! Kreatif tak?
Budak-budak sekarang dah tak merasa lagi benda macam ni sebab harganya dah terlalu mahal dan mereka lagi suka main game di computer atau tonton TV sahaja dari berkarya dan berimaginasi macam zaman kita dulu.Kadang-kadang kita tak perasan, sebenarnya dari keperitan dan kepayahan itu menerbitkan sifat positif yang akhirnya membentuk sahsiah dan akhlak yang berwibawa. Tapi salah siapa yea.. bukankah kita yang mencorak dan mewarnakan kain putih itu????
No comments:
Post a Comment