Terdorong saya untuk menulis tentang keikhlasan dari mata kaca dan tinta saya... saya ikhlas menerima kritikan anda penyudah tulisan ini.. kerana pastinya definition itu juga berbeza di mata anda.. depends on how people interpret the meaning of Ikhlas.. what is the meaning of sincerity?...for me... simple as ... no more grudging, no more talking behind. Mengomel-ngomel dan komplen tak kesudahan penghujungnya...
Ceritanya.. bila saya terbaca setiap komen kawan-kawan dan juga salah satu topik wajib di radio pagi-pagi tentang jualan di Bazaar Ramadhan,rata-rata mengatakan... kuih mahal.. tidak setanding harga dan kuantiti..atau barangkali kualitinya yang tidak sepadan! Ada yang lebih menyedihkan bila makanan itu sudah basi sebelum sempat dijamah... hai..peniaga-peniaga sekelian.. ikhlas kah anda sebenarnya berdagang? atau anda sekadar menjadi perompak di bulan Ramadhan... yang mencuri hasil titik peluh pembeli dengan pertukaran yang merugikan??? atau barangkali anda ini.. bercita-cita menjadi Orang Kaya express?? kerja sebulan.. untungnya untuk 11 bulan?? sekurang-kurangnya, kasihanlah pada pengunjung Bazaar yang berpusu2 mengharungi jem selepas pulang pejabat semata-mata.. terbayangkan kuih karipap anda... tapi bila mereka pulang.. apa yang mereka dapat hanya kulit tepung semata,adalah sedikit inti.. tapi boleh dibilang kentangnya... nasib untung sedap.. nasib rugi??? sedikit pun tak rasa karipap... silap haribulan...rasa lempeng!