Walaupun sudah hampir 5 hari saya meninggalkan Dayabumi dan secara rasminya duduk saja di rumah, tapi hati ini masih dicengkam rindu dan sayu meninggalkan wajah-wajah yang mewarnai hidup saya. Tak perlulah dicoret lagi kenangan-kenangan itu, takut-takut.. bah pula di sini.. tak hujan tak taufan, banjir melanda pula!
Mujur Facebook itu wujud untuk memisahkan jurang jarak antara saya dan ex Liner , tapi yelah... sudah mulai terasa sapaan dan komen-komen semakin sedikit. Pasti ramai kawan-kawan sudah mula bersiap sedia memulakan tugas di tempat baru, atau mungkin sibuk menguruskan rumahtangga, urusan perniagaan dan macam-macam lagi.
Hidup mesti diteruskan... semalam itu sejarah..esok adalah kehidupan yang menanti! Melihat kedalam mata setiap insan yang saya jabat ketika hari terakhir di tingkat 19, saya tidak nampak kekecewaan melainkan sebuah hati yang tulus dan sarat dengan keikhlasan dan semangat meneruskan hidup! itu sahaja.