Aku kenal Nurma, orangnya ramah dan manis, mungkin juga kerana kelincahannya dan sifat rendah diri serta mudah bergaul itu dia punyai ramai kenalan. Makcik-makcik kat Hutchison Paging tempat kami
part time ni pun lebih senang dengan Nurma berbandingku. Nurma pandai berbahasa, dia tahu memancing tajuk untuk berborak. Tak hairanlah kawan-kawannya ada Melayu, India, China, tua, muda… kanak-kanak pun sayang padanya. Ketika cuti semester tahun 3 pengajian, aku dan Nurma curi-curi kerja sepenuh masa di sebuah pusat
pager yang dah tak wujud lagi sekarang di Kuala Lumpur, kami buat tiga
shift sebulan.. pagi, tengahari dan malam, gajinya cukuplah untuk kami isi perut, perut kereta dan jajan kalau sekali-sekala ingin tengok wayang atau beli
jeans murah. Yang penting, kami sepakat tidak akan minta duit FAMA(
father and mama lagi) cukuplah kami membebankan mereka dengan debaran samada kami lulus atau tidak masuk Universiti, tapi bukan debaran wang tidak cukup kerana kami mampu mencari pendapatan sendiri! Mungkin kerana kami komited dan menyenangkan, boss tidak banyak songeh bila kami minta tukar jadi
permanent untuk
shift malam bila kami masuk
final semester.