Friday, October 25, 2013

Yang boleh dan tidak

Serius! dah lama gila saya tak menulis apa-apa di sini! Sudah hampir 6 bulan.. entah apa laa yang saya buat selama ni.. dah tak ingat.. banyak saya yang dah kerjakan dan dikena kerjakan termasuklah menguruskan majlis perkahwinan adik bungsu saya dengan gadis pilihannya! Selamat Pengantin Baru Yus & Nadiah, moga cinta kalian kekal ke Jannah!

Lepas sesah budak-budak sebab result periksa tak memberangsangkan.. saya jadi stress tak tentu pasal! Lagi-lagi bila tiba-tiba tangal gatal follow instagram Nora Danish.. tiba-tiba rasa stress tengok manusia berkelahi di alam maya dek kerana sekeping gambar! Instagram ada dua jenis puak.. yang satu mereka gelar diri mereka lovers atau kipas susah mati..(diehard fan...) yang satu... digelar haters..si pengkritik/pembenci... jadi bila dah dua spesis ni berjumpa.. berkelahi tak tentu pasal! yang defensive dan offensive

Sebenarnya... adalah hak masing-masing..untuk memuji atau mengkritik.. sesiapa sahaja boleh jadi ustaz/ustazah jadian.. sesiapa sahaja bebas menulis apa yang terjentik dalam fikiran! Macam saya! Tetapi... memuji jangan sampai membangkitkan riak atau berkongsi dosa.. dan mengkritik jangan sampai menghina atau menjatuhkan maruah mereka!


Memang kita wajib untuk ingat mengingati sesama manusia..lagi-lagi manusia itu dari berasal dari perkataan Arab nasia/Ansia iaitu pelupa.. tapi mengingatkan jangan sampai anda mencerca dan menghina!Berbaloikah esok dibangkitkan untuk dihitung dosa yang kita sendiri sedar tidak berbaloi tetapi sebab seronok nak buat? Merasakan diri kita baik adalah sifat positif kerana ia akan sentiasa mengingatkan kita untuk terus berbuat baik.. tetapi bila kita merasakan orang lain lebih hina dan dhaif adalah bukan dari sifat orang yang baik! 
Ops! saya nampaknya bersyarah!
Terpulanglah pada kak Ton, kak Jemah, kak Wok, pak Mail (kesemua ini bukan nama sebenar) untuk menimbangkan buah fikiran saya.. saya hanya menulis dalam intonasi monotone dan merdu sekali..(merdu ke?)

Kembali pada stress saya.. ajaibnya.. lepas menulis ni saya rasa stress saya berkurang! mungkin sebab saya dapat meluahkan apa yang bersarang dihati! 

Meluahkan perasaan itu adalah sangat bagus yea kak Ton kak Jemah untuk mengurangkan stress anda!
Malahan dua hari lepas MHI pun dah bincang isu statistik rakyat Malaysia yang murung dan stress yang semakin tinggi!

Lagi-lagi bila manusia sekarang semakin kurang minat face to face communication .. semua sibuk dengan gadget masing-masing. Lebih enak cyber communication macam Whatsapp,Twitter, line etc dari bertepuk tampar dan bercerita sampai dingin malam di ruang yang selesa! Macam lunch hour kami.. duduk ber empat semeja.. tetapi satu jam tidak berborak..masing-masing sibuk menekan keypad berborak di whatsapp dari berborak dengan teman semeja, menelek FB, Instagram, Twitter, Email... sudahnya.. bila kembali bekerja.. stress! Sebab tadi masa lunch tak sempat meluahkan! 

Yang isteri pulak..balik dari kerja.. dan macam lipas kudung uruskan rumahtangga.. stress dah tu... tambah stress tengok suami ghalit menghadap gadget mereka! stresss.. hujung-hujung isteri bebel... suami stress pulak..Endless!

Ya Allah... saya membebel lagi..!

Oklah.. barangkali anda pun stress baca tulisan saya! 
Mohon maaf andai anda tersinggung...

Saya nak layan lagu rock kapak ni.. teringat masa kat asrama dulu..lepas kami dah check line clear.. (warden dan Ketua Pelajar dan round untuk pastikan lampu dah dipadamkan dan kami dah tidor) kami akan jengket-jengket bangun dan pergi belakang asrama.. bersidai kat tangga yang penuh dengan kalkatu menghadap ladang getah Guthrie (masa tu Guthrie punya) yang likat dalam kepekatan malam.. borak-borak sampaiiiii ayam kampung sebelah berkokok.. sambil layan lagu rock kapak..).. best gila!.. that was 27 years ago.. hahaha.. 

Selamat Malam sahabat-sahabatku yang menggelarkan diri mereka Quinarians! Jangan lupa.. Bedahhhh masih skodeng kalian dari bilik Warden!!!



No comments:

Post a Comment