Sunday, March 31, 2013

Disimpan kembang dibuang sayang

Berakhir sudah cuti sekolah... siapa sebenarnya yang paling down????? mak nya atau anak-anaknya? kalau tanya saya.. sayalah yang paling sedih tak tentu pasal. Sebabnya??? sebabnya cuti kali ini saya tak berkesempatan bawa mereka makan angin, ladies day out dan macam-macam lagi.
Sebabnya?? wah.. saya sebenarnya cuba men 'justify' kesalahan dengan excuses yang berjela-jela nampaknya!!! sebabnya saya masih dalam tempoh probation, cuti sesekali tidak dibenarkan. Jadi saya hanya boleh tebus masa yang tidak dapat diluangkan bersama anak-anak dara saya dengan membelikan mereka 'gula-gula'... macam buku cerita, crosswords dan jajan yang sedap-sedap!. Dan tepat pukul 5.30 petang sayalah lipas yang kudung berlari-lari mengejar lif kerana ingin segera sampai ke rumah dan bergomol dengan mereka. Terukkah saya?
Tadi masa saya membelek-belek peti ais yang macam nak roboh dengan gambar-gambar dan note-note saya terperasan banyak gambar baru yang anak-anak saya letakkan tapi tak sempat lagi saya tengok.
Peti Ais dah bertukar jadi peti gambar

 Ada satu gambar Arissa semasa dia di Tahun 1 bergambar dengan guru kesayangan saya semasa darjah 6 Bakawali 1988 dulu. Oh cikgu.. hampir saya tidak mengenali cikgu kerana rambut cikgu yang hitam dan ikal berombak itu sudah bertukar menjadi putih. Itulah Cikgu Nasaruddin, cikgu kesayangan saya. Seorang guru yang telah mendidik saya menjadi insan yang kiranya berguna pada keluarga, agama dan bangsanya sendiri. Cikgu yang tidak pernah saya lupakan ketika hayat dikandung badan.
Dah terkepak 2 album ni...
Dalam tercari-cari dimanakan album yang sesuai untuk saya abadikan gambar Arissa dan cikgu Nasa, tidak semena tangan tercapai album perkahwinan kami yang hampir 13 tahun tidak saya jenguk. 
Terkejut saya! terkejut bukan kerana tak percaya fizikal kami sudah jauh berubah, tapi terkejut melihatkan halaman album setiap helai sudah bertukar warna dan wajah, dari sehelai kertas putih kini bertukar menjadi coklat dan buruk. Gambar juga bertukar menjadi agak kekuningan. Dan paling nyata, album itu sudah terkoyak dua!


Adakah kualiti album yang saya beli itu terlalu murah atau terlalu kerap dibelek oleh tetamu sehingga terbarai?? Saya tanyakan pada sang suami kalau-kalau gambar ini boleh di scan balik dan diabadikan dalam Wandus Album.(yelah..masa tahun 2000 nak beli digital/ SLR camera macam nak beli computer. Mahal harganya! Lagi-lagi hendak mendapatkan jurugambar yang membekalkan cetakan dalam bentuk CD dan terus 'print' pada album, mahu melecet kad atm!).
Aduhai! sayang pulak gambar-gambar ini kalau dibiarkan macam tu je. Samalah juga dengan gambar-gambar yang saya simpan dalam hard disk, bila komputer rosak, macam tu sahaja lenyap. Lupa nak transfer ke computer baru.
Saya rasa next project yang saya nak buat ialah mencari semula gambar-gambar lama, macam gambar-gambar ayah dan ibu masa zaman 60an & 70an mereka. Saya nak cuba scan dan abadikan dalam Wandus maker. Saya nak bikin surprise hadiahkan Wandus Album ketika ulangtahun perkahwinan mereka nanti. Bukan mudah hendak mengingat kembali detik itu jika tidak kembali menatap gambar-gambar bukan? mesti ayah tergelak besar melihatkan rambutnya yang di tencho dan remos yang panjang menutup dahi. Atau pun gaya ibu yang bersanggul tinggi dengan baki rambut tertinggal hingga pangkal leher bersama seluar ala-ala boot cut itu!
Hmm, apa saya nak buat dengan album kahwin yang tinggal nyawa-nyawa ikan ini???? Rasanya tiada pilihan lain melainkan scan dan abadikan dalam Wandus album. Sekarang gambar-gambar yang di muat turun dalam Wandus Maker boleh dikongsi juga dalam Facebook. Apa kebaikannya?? sekiranya anda ingin berkongsi gambar-gambar itu dengan sahabat, ahli keluarga atau sesiapa sahaja didalam friend list anda, boleh terus meneleknya di Facebook anda, ataupun mereka juga boleh print gambar itu dengan hanya sekali click pada butang share (tentunya dengan izin anda kan?!)
Teknologi kalau di guna dengan sebaiknya, pasti mendatangkan faedah. Tapi jika disalah guna, buruk padah!

2 comments:

  1. mmg sayangkannn gambar2 perkahwinan . sesekali buka balik dapat mengimbau kenangan masa diijab kabulkan kan :)

    ReplyDelete
  2. gambar2 kenangan tu !

    ReplyDelete