Inilah ketaksuban saya yang terbaru... menonton drama Korea dan masak kek!
Kepelikan dua ketaksub'an ini datang setelah saya bergelar surirumah! Dengar dan kelihatan seperti orang yang membosankan, tetapi inilah perkara yang mampu mengisi kekosongan dan kebingungan selama tidak bekerja! Manakan tidak, setelah lebih 12 tahun (itu belum dikira kerja-kerja part time semasa lepas sekolah dan cuti semester di Universiti) bekerja dan berkejar kesana kemari menguruskan keluarga, tiba-tiba duduk rumah seharian saya seperti digaru keresahan kerana tidak berlari seperti dahulu! sudahnya... setiap pelusuk rumah dan resepi digeledah dan dicuba!
Sebenarnya, saya bukanlah suka menonton TV, apatah lagi peminat tegar rancangan bersiri. Menonton drama bersiri ini memulakan komitmen dan displin..iaitu memastikan kehadiran tepat pada masa supaya tidak terlepas adegan menarik.. dan paling lucu, menghabiskan sekurang-kurangnya setengah jam menyaksikan drama yang membuatkan emosi mudah terganggu kerana geramkan jalan ceritanya yang berbolak balik! tapi inilah sumpahan yang terjadi pada saya ketika mula bergelar surirumah sepenuh jiwa dan masa! drama pertama yang menyeret saya menghabiskan masa ialah drama Korea Miss Ahjumma di SBS HD 393 di Astro! Kemudian diikuti dengan Loving You Thousand Time, Simple Heart, Ghost, The Chaser, Salamender Guru and the Shadow Gang, Bravo My Life dan kadang-kadang boleh terleka melihat K Pop yang terkinja-kinja dengan fesyen rambut leper dan terlebih gel/tencho itu!! SubhanaAllah.... tengoklah! betapa banyaknya saya disuapkan dengan hiburan dan cerita Korea!