Wednesday, August 18, 2010

Ikhlas




Terdorong saya untuk menulis tentang keikhlasan dari mata kaca dan tinta saya... saya ikhlas menerima kritikan anda penyudah tulisan ini.. kerana pastinya definition itu juga berbeza di mata anda.. depends on how people interpret the meaning of Ikhlas.. what is the meaning of sincerity?...for me... simple as ... no more grudging, no more talking behind. Mengomel-ngomel dan komplen tak kesudahan penghujungnya...

Ceritanya.. bila saya terbaca setiap komen kawan-kawan dan juga salah satu topik wajib di radio pagi-pagi tentang jualan di Bazaar Ramadhan,rata-rata mengatakan... kuih mahal.. tidak setanding harga dan kuantiti..atau barangkali kualitinya yang tidak sepadan! Ada yang lebih menyedihkan bila makanan itu sudah basi sebelum sempat dijamah... hai..peniaga-peniaga sekelian.. ikhlas kah anda sebenarnya berdagang? atau anda sekadar menjadi perompak di bulan Ramadhan... yang mencuri hasil titik peluh pembeli dengan pertukaran yang merugikan??? atau barangkali anda ini.. bercita-cita menjadi Orang Kaya express?? kerja sebulan.. untungnya untuk 11 bulan?? sekurang-kurangnya, kasihanlah pada pengunjung Bazaar yang berpusu2 mengharungi jem selepas pulang pejabat semata-mata.. terbayangkan kuih karipap anda... tapi bila mereka pulang.. apa yang mereka dapat hanya kulit tepung semata,adalah sedikit inti.. tapi boleh dibilang kentangnya... nasib untung sedap.. nasib rugi??? sedikit pun tak rasa karipap... silap haribulan...rasa lempeng!

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan ..






Seperti tahun sudah, dan tahun ini..pagi ini restoran mamak Teratai di pejabatku dipenuhi lautan manusia... masing2 dengan alasan yang sama.. makan puas-puas.. lepas ni sebulan tak jumpa teh tarik... barangkali kalian lupa..juadah berbuka itu jauh lebih nikmat dari santapan teh tarik dan roti canai... bukankah Nabi berpesan, kegembiraan orang yang berpuasa itu ada 2.. ketika berbuka (wak ema kurma dan segelas air kosong) dan di hari akhirat... tapi kalau dah nama Manusia.. karenahnya tetap sama...

Melewati lorong di Jln Lekir (depan Pasar Seni) .. aku singgah membeli ikan bilis dan kacang.. angan2 nak golek sambal bilis.. buat juadah sahur esok... tapi jauh disudut hati.. ada benda yang sering aku terkenang2 bila Ramadhan menjenguk kamar usia...

Tiap kali lepas sahur.. aku akan duduk sebelah ayah di kerusi panjang rotan... mula2 ayah akan ingatkan tentang doa berpuasa.. kemudian meleret pada 'gula2' ayah pada anak2 nya yang berpuasa penuh. Kata ayah.. "siapa puasa penuh dapat baju raya dan kasut baru... dan tambahan..duit raya"...

Masih jelas subuh begini kami berborak sebelum menyambung tidur. Nakal tetap nakal!... acap kali ketika berkumuh masa ambil wudhu ketika di bangku sekolah.. aku curik2 buat2 terminum... dan aksi letih berpuasa... kalah mangsa kebulur Somalia... melepet tak ingat!!!!

Kenangan yang masih segar terpahat...teringat pada ibu ayah..rasanya sejak kami adik beradik mendirikan rumahtangga.. dan adik lelakiku yang bungsu mula bekerja.. mereka tak lagi berbuka dirumah.. lebih senang berbuka bersama jemaah masjid.. tapi aku tahu.. jauh disudut hati mereka.. pasti terkenang saat berbuka puasa bersama anak-anak... aida yang tidak suka soya.. yan yang suka kuih lapis.. ien yang suka masakan pedas.. dan yus... wajib air berais!

Barangkali jugak.. alasan mereka untuk berbuka bersama jemaah lain.. kerana ingin menepis perasaan syahdu dan rindu pada keletah anak-anak...

Apa pun.. ibu dan ayah jangan risau,.. belum sedetik kami lupakan ..seperti doa ibu dan ayah pada kami yang tidak pernah putus.. begitu juga kami pada kalian..

Harapnya.. kita dapat berkumpul lagi dan bersama-sama menikmati hidangan berbuka seperti tahun-tahun sudah... yang pasti.. cucu-cucu ibu dan ayah dah bertambah lagi tahun ini... makin besar keluarga Hj Bakar dan Hajah Zaleha... dan tentunya poket atuk dan wan juga bakal nipis lagi tahun ni...!

Apapun.. selamat menjalani Ibadah Ramadhan kepada keluarga tercinta.. dan seluruh Muslimin dan Muslimat..

Sunday, August 8, 2010

Semalam saya

Entah bila minat menulis mengetuk kembali ruang hati... seingat dari seawal darjah 3 barangkali..aku sudah mula menulis..bermula dari berlumba-lumba menulis cerpen dengan rakan sebaya bernama Wati aku mula mengasah bakat..

Dari cerita ayah, baru kusedari yang aku mewarisi bakat ayah.. nyatanya aku anak ayah yang suka bercerita dan mengarang..tapi aku menulis hanya sekadar memenuhi masa.. sedang ayah menulis untuk menggarap ilham, berkongsi pengalaman dan mencurah ilmu kepada pembaca.. dua tulisan yang berbeza..tapi tetap dianggap..menulis!

Terlalu banyak yang terakam dibenak... tak terluah dan sering bermain difikiran..meracau dalam hati.. ada baiknya dilontarkan saja pada dinding kosong yang tidak prejudice pada setiap bait opinion dari hamba Allah yang banyak cupik dan kelemahannya. Diruang ini.... aku akan mengkritik.. berkongsi cerita suka dan duka.. tak terlepas berkongsi ilmu dan resepi.. kerana selain menulis, aku pantas memasak..
dan jika ada yang tidak setuju dengan pandangan ku ini.. anggaplah ini hanya omelan dan rungutan biasa dari seorang wanita cilik dan dangkal ilmunya.

Selamat Beristirehat..