Friday, October 25, 2013

Yang boleh dan tidak

Serius! dah lama gila saya tak menulis apa-apa di sini! Sudah hampir 6 bulan.. entah apa laa yang saya buat selama ni.. dah tak ingat.. banyak saya yang dah kerjakan dan dikena kerjakan termasuklah menguruskan majlis perkahwinan adik bungsu saya dengan gadis pilihannya! Selamat Pengantin Baru Yus & Nadiah, moga cinta kalian kekal ke Jannah!

Lepas sesah budak-budak sebab result periksa tak memberangsangkan.. saya jadi stress tak tentu pasal! Lagi-lagi bila tiba-tiba tangal gatal follow instagram Nora Danish.. tiba-tiba rasa stress tengok manusia berkelahi di alam maya dek kerana sekeping gambar! Instagram ada dua jenis puak.. yang satu mereka gelar diri mereka lovers atau kipas susah mati..(diehard fan...) yang satu... digelar haters..si pengkritik/pembenci... jadi bila dah dua spesis ni berjumpa.. berkelahi tak tentu pasal! yang defensive dan offensive

Sebenarnya... adalah hak masing-masing..untuk memuji atau mengkritik.. sesiapa sahaja boleh jadi ustaz/ustazah jadian.. sesiapa sahaja bebas menulis apa yang terjentik dalam fikiran! Macam saya! Tetapi... memuji jangan sampai membangkitkan riak atau berkongsi dosa.. dan mengkritik jangan sampai menghina atau menjatuhkan maruah mereka!

Thursday, April 25, 2013

Patung Kertas 30 sen

Belum lagi surut demam Gangnam, dah keluar pulak demam Gwiyomi! Apa Gwiyomi tu sampai bersunggu Farah Hot FM suruh Faizal buat aksi tu pulak di AM Crew pagi tadi??
Oh, alkisahnya..tentang seorang gadis Korea yang buat aksi mimik muka dan gerakan cute berlatar belakangkan lagu Korea yang haram tak faham sepatah tapi comel je bunyinya!
Orang Korea ni kreatif sungguh! Ada je idea diorang nak promotekan industri seni mereka! Mula-mula demam K Pop, lepas tu drama Korea yang berjurai-jurai airmata, lepas tu Oppa Gangnam.. dan sekarang Gwiyomi!

Oklah, ikut selera masing-masinglah. Mak tak kesah.. janji jangan berlebih-lebihan.
Teringat saya pada patung kertas, mainan saya masa zaman kecil-kecil dulu. Sekeping kertas tebal yang mengandungi sepasang gadis comel bermata bulat dan besar dan  dilengkapi dengan baju, kasut, topi dan handbag sekali. Nanti kita kopeklah patung dan baju-bajunya, lepas tu sangkutlah baju tu di badan patung kertas tu.

Masa tu harganya sekitar RM0.30 hingga RM0.50 sen. Selalunya patung kertas ni di gantung dalam plastik di kedai runcit je. Mana-mana kedai yang jual..saya rasa kedai tu memang happening dan best habis! Masa zaman tu lah!!! Zaman sekarang payah nak dapat! Hari tu ada sekali saya pergi MPH, dia ada menjualnya, tapi dalam bentuk buku. Harganya?? RM29.90!!! Mintak maaflah ye Alisya, Arissa.. jangan harap mama nak belikan benda koyak-koyak ni sampai RM30! 30 sen bolehla!


Wednesday, April 24, 2013

Yang runcing, yang kempis, yang susut..

Seronok ke jadi perempuan?

Seronoklah..sebab kami ada Hari Wanita Sedunia.. lelaki ada??
lagi??
Sebab 90% supplemen dan jamu bagai semua untuk kami.. contohnya? jamu ketat, jamu montot, jamu tegang, jamu susut perut, jamu perawan, jamu ramping, jamu kurus,jamu gemuk, botox kasi hidung mancung boleh sangkut hanger, dagu runcing sampai pusat, kulit putih melepak macam tepung gomak, rambut lebat semualah kami punya!
lagi?
Hm..kalau pergi shopping mall, jika ada 10 tingkat, 9 tingkat semua kami punya! Yang bajunya, yang henbegnya, yang pakaian dalamnya, pinggan mangkuk, periuk belanga, alas meja.. 1 floor sahaja untuk kaum lelaki itu pun kena share dengan pakaian kanak-kanak.
lagi?
Cerita yang meleleh-leleh semua untuk cater market kami.. Adam Hawa, Sehangat Asmara,.. kalau lelaki tengok pun sebab kami yang pelawa. Yelah.. kalau tidak nanti dia kata kami feeling kat hero selain dia pulak.. dah haru! tapi bila dia tengok Baywatch pandai pulak tak ajak kami???
lagi?
kami cuti bersalin boleh sampai 90 hari.. walaupun sebenarnya taklah setimpal dengan sakit beranak atau sengsaranya membawa kandungan sehingga 9 bulan dan jalan dah macam mak ketam, tapi kami tak merungut pun.
Lagi?
Kalau kami bawak kereta slow kat lane kanan, atau tiba-tiba saja slowkan kenderaan tanpa sebab atau parking kereta tayar masuk petak sebelah sekali pun orang tak marah.. paling kuat kami kena horn je.. yang biasa kami dengar..'standard lah, pompuan yang drive!

Tuesday, April 23, 2013

Qasidah siulan Marjinah!

Dua minggu lepas syarikat saya menjemput Ustaz Don untuk bagi ceramah motivasi. Selama ini saya hanya dengar ceramahnya sahaja melalui 30 minit Ustaz Don di TV AlHijrah pasal Rukun Solat. Tengok sekejap pun cukup untuk memperbaiki kembali solat yang selama ni macam ayam patuk itik sudu!

Saya bukan jenis extreme terhadap mana-mana ustaz ataupun ustazah, jauh sekali fanatik dan taksub. Cukuplah sekadar menghadiri ceramah atau kuliah bagi pengisian rohani. Eh, saya tak kisah pun kalau sesiapa sahaja di sekeliling saya obses atau fanatik pada idol tertentu, itukan hak masing-masing. Lagipun tiada salah pun meminati hero/heroin pujaan jika itu boleh membawa impak yang positif terhadap mereka!

Cerita pasal Ustaz Don yang menjadi kegilaan Kak Ton, Kak Jemah, Mak Nab  (semua bukan nama sebenar), bila sahaja Ustaz Don melangkah masuk dewan sahaja, hmmm hilang la malu-malu siput kaum Hawa, terus jadi macam dalam Pasar Borong yang hingaq kerana terkejut dengan style Ustaz Don yang berkemeja siap dengan blazer dan memakai kaca mata Raybannya.. sekali imbas dah macam artis nak promote Xpax Celcom pulak!. Sampai Ustaz Don berkali-kali cakap, "Percayalah saya memang Ustaz Don, cuma hari ni saya mai tak pakai serban!" berderai ketawa ahli majlis mendengarkannya.

Monday, April 22, 2013

Tumbang hujung minggu


Tumbanglah sudah pemimpin yang gagah perkasa Sabtu lepas. Dek tak tahan lagi diasak dengan pelbagai ujian dan cabaran, akhirnya tuan pemimpin kami tersungkur lembik dua hari.
Biru, hijau mukanya lepas balik dari perhitungan di Kota Damansara pada Sabtu pagi.. hari pencalonan.
Ya, sekarang tengah musim demam, demam pilihanraya dan demam seram sejuk sebab cuaca tak menentu. Tapi pemimpin yang tumbang seperti yang saya ceritakan bukanlah Calon PRU13 atau DUN kawasan saya... tapi best friend iaitu suami saya yang tiba-tiba demam di hujung minggu! Elok sahaja balik dari main Futsal di Kota Damansara tiba-tiba terus demam. Kesiannnn.... (macam Rafi assistance Jamil dalam Madu 3 pulak)

Saturday, April 20, 2013

Tambah koleksi Wandus Album




Muka Isqandar- Kulit  dan kotak sarung Album Wandus sama cetakan
Yahoooo!!! koleksi album Wandus saya bertambah lagi! Kali ini album khas hero kesayangan saya, Muhammad Isqandar. Anak bungsu saya yang berkepala masam dan Capten Flash kami (kalau orang tua-tua kata.. macam ulat nangka). Pantas bergerak dan tak boleh duduk diam!


Kulit belakang pun boleh print apa saja
Dalam sebuah printed material yang mempunyai 20 helai mukasurat, saya dapat merakam beratus-ratus aksi dan wajah-wajah Isqandar seawal sehari hingga 3 tahun! Banyakkan?! Seronok kerana tak perlu lagi menyusun satu persatu ratusan gambar-gambar ini ke dalam beberapa buah album jika saya memilih untuk mencuci secara manual.





Bila Wandus Album itu sampai ke ofis saya petang itu, perkara pertama yang terbit di hati ialah..Wow! Cepat gila siap! Walhal baru tiga hari lepas saya menghantarnya pada Wandus untuk dicetak, alih-alih sudah di atas meja!



Mari kita bicara tentang finishing produk ini. Yelah, orang kata kerja cepat ni kadang-kadang cincai! Tekaan saya meleset, gembira saya kerana melihatkan hasilnya yang kemas dan indah. Setiap helai disusun dan dicantum rapi tanpa lelehan gam yang berlebihan. Riak kertas tiada langsung berombak atau mengelembong walau mereka menggunakan kertas glossy yang tebal. Paling utama, ianya kalis air, tidak mudah koyak melainkan anda menggunting atau menggigitnya dan tidak mereput!



Album ini bukan sahaja menggunakan chip board sebagai kulit album tetapi juga kotaknya. Sudah tentu ianya tahan lama dan tak mudah reput macam album-album saya yang sebelum ni!

 


Dulu ingat lagi masa saya dibangku sekolah, habis majalah ibu saya kerat setiap huruf, perkataan atau perenggan menarik yang saya rasakan sesuai untuk diletakkan pada gambar-gambar saya. Kononnya ayat-ayat itu menterjemah suasana ketika gambar itu dirakam. Tapi kesudahannya, keratan itu menjadi kuning bersama gambar-gambar di dalam album. Kini tidak lagi dengan Wandus Maker sebab setiap caption atau petikan ayat-ayat boleh di tulis terus atau di cut and paste samada di sebelah atau di mana-mana sudut gambar yang kita rasakan sesuai!
Dan part yang paling best, bila selesai sahaja saya download gambar itu di Wandus Maker, saya tekan sahaja butang share dan zass kawan-kawan di Facebook boleh sama melihat koleksi gambar-gambar saya. Tak perlulah lagi saya  download gambar ini satu persatu. Lagi seksa bila broadband mula menunjukkan aksi-aksi enggan bekerjasama dengan pantas, maka bertambah lambatlah proses meng download gambar-gambar di FB kan??



Nah! segalanya semakin pantas, mudah dan harmoni!Kembang kempis hidung Mamat Isqandar mama bila dia tengok Wandus Album sulungnya nanti! Tak sabar mama nak bisikan ke telinga Isqandar nanti yang cuping telinga ayah hampir tanggal kerana bebelan mama agar menyiapkan segera proses penerbitan ini! Terima kasih Wandus!

Oh ya! ada berita yang paling sensasi dan menarik bulan April 2014 dan berakhir sehingga akhir bulan Jun 14. Wandus menawarkan diskaun sebanyak 30% bagi produk-produknya bersempena dengan hari Ibu pada 11 May 2014 ini. Jadi, tunggu apa lagi??? ambillah kesempatan ini untuk merakamkan saat-saat indah anda bersama ibu tersayang ke dalam Album Wandus. Pasti inilah hadiah yang paling istimewa dari anda buat seorang bonda... kenangan terindah yang diabadikan!






Sport lagi ke?

"Yan.. aku tengok kau ni dah macam Joyah sport dalam majalah Ujang tu... aku panggil kau Joyah sport la" terburai gelak masing-masing mendengar cadangan bagi panggilan baru untuk nama saya. Diam tak diam, sudah 23 tahun mereka memanggil saya dengan nama baru tu.. nama singkatan Joy, nama panjangnya Joyah Sport.
Masa kejadian anugerah nama baru tu, kami baru di tingkatan dua. Biasanya petang-petang lepas balik prep, kami main di padang, samada Volleyball, Netball, Badminton. Selalunya lepas habis beriadah kami akan baring beramai-ramai di bawah kipas yang memang dihalakan tepat ke arah muka masing-masing. Masa inilah kami akan bercerita, bergossip sampai senja. Elok sahaja azan berkumandang barulah masing-masing akan seperti lipas kudung bersiap untuk sembahyang Maghrib berjemaah dan terus sambung prep malam. Itulah kehidupan budak asrama!
Apa pun saya sukakan nama tu, Joyah Sport. Memang kena sangat! Seingat saya, sejak dari sekolah rendah lagi saya aktif bersukan. Dari acara padang, merentas desa, acara berpasukan sayalah antara atlit pilihan. Paling ingat semasa darjah 5, gurubesar kami Cikgu Alias memanggil peserta lompat tinggi supaya memerhatikan cara saya melompat melepasi palang yang gaya ala-ala professional itu! Bila saya tengok cerita Korea The Beautiful You, teringat kembali cara begitulah saya praktikan ketika cuba melepasi palang besi itu sebelum jatuh gedebuk seperti nangka busuk di atas tilam nipis. Saya ingat lagi, ayah pernah warning pada saya jika tidak dapat 5A dalam percubaan UPSR, jangan harap dia benarkan lagi saya aktif dalam sukan. Wow! bagaimana saya bisa membuang gian berlari di trek luas terbentang dalam hidup??? apa perlu saya buat untuk terus berlari?? ya.. pulun belajar!


Sunday, March 31, 2013

Disimpan kembang dibuang sayang

Berakhir sudah cuti sekolah... siapa sebenarnya yang paling down????? mak nya atau anak-anaknya? kalau tanya saya.. sayalah yang paling sedih tak tentu pasal. Sebabnya??? sebabnya cuti kali ini saya tak berkesempatan bawa mereka makan angin, ladies day out dan macam-macam lagi.
Sebabnya?? wah.. saya sebenarnya cuba men 'justify' kesalahan dengan excuses yang berjela-jela nampaknya!!! sebabnya saya masih dalam tempoh probation, cuti sesekali tidak dibenarkan. Jadi saya hanya boleh tebus masa yang tidak dapat diluangkan bersama anak-anak dara saya dengan membelikan mereka 'gula-gula'... macam buku cerita, crosswords dan jajan yang sedap-sedap!. Dan tepat pukul 5.30 petang sayalah lipas yang kudung berlari-lari mengejar lif kerana ingin segera sampai ke rumah dan bergomol dengan mereka. Terukkah saya?
Tadi masa saya membelek-belek peti ais yang macam nak roboh dengan gambar-gambar dan note-note saya terperasan banyak gambar baru yang anak-anak saya letakkan tapi tak sempat lagi saya tengok.
Peti Ais dah bertukar jadi peti gambar

 Ada satu gambar Arissa semasa dia di Tahun 1 bergambar dengan guru kesayangan saya semasa darjah 6 Bakawali 1988 dulu. Oh cikgu.. hampir saya tidak mengenali cikgu kerana rambut cikgu yang hitam dan ikal berombak itu sudah bertukar menjadi putih. Itulah Cikgu Nasaruddin, cikgu kesayangan saya. Seorang guru yang telah mendidik saya menjadi insan yang kiranya berguna pada keluarga, agama dan bangsanya sendiri. Cikgu yang tidak pernah saya lupakan ketika hayat dikandung badan.
Dah terkepak 2 album ni...
Dalam tercari-cari dimanakan album yang sesuai untuk saya abadikan gambar Arissa dan cikgu Nasa, tidak semena tangan tercapai album perkahwinan kami yang hampir 13 tahun tidak saya jenguk. 
Terkejut saya! terkejut bukan kerana tak percaya fizikal kami sudah jauh berubah, tapi terkejut melihatkan halaman album setiap helai sudah bertukar warna dan wajah, dari sehelai kertas putih kini bertukar menjadi coklat dan buruk. Gambar juga bertukar menjadi agak kekuningan. Dan paling nyata, album itu sudah terkoyak dua!

Friday, March 15, 2013

Kembara dalam kenangan

Dah lama saya tidak bercerita.. sebenarnya banyak yang nak dikongsi bersama, tapi waktu membataskan saya untuk menggarap segalanya dalam blog ini.

Setiap petang, dalam perjalanan pulang dari pejabat perkara pertama yang saya akan buat adalah mendengar rancangan kesukaan saya..apa dia? 'Aku, Dia dan Lagu' di Radio Klasik Nasional.

Mendengar kenangan demi kenangan kiriman dari peminat setia rancangan ini kadang-kadang buat bergenang airmata, ada masanya saya tersenyum sendirian walaupun kaki naik cramp menekan minyak dalam mengharungi kesesakan Lorong Keramat ini jika cerita lucu pula menggeletek jiwa. Bertambah sarat perasaan ini bila setiap kenangan itu diselitkan lagu-lagu klasik yang menyentuh perasaan.. terbuai seketika dalam pengalaman dan kenangan mereka.
Benarlah kata pujangga.. kenangan dan pengalaman mendewasakan kita. Hidup tanpa kenangan adalah seperti jasad tanpa rohnya..

Tuesday, January 15, 2013

Kehilangan Nurma

Harum Subur di hati  http://youtu.be/IBHxDG3mj6k
Aku kenal Nurma, orangnya ramah dan manis, mungkin juga kerana kelincahannya dan sifat rendah diri serta mudah bergaul itu dia punyai ramai kenalan. Makcik-makcik kat Hutchison Paging tempat kami part time ni pun lebih senang dengan Nurma berbandingku. Nurma pandai berbahasa, dia tahu memancing tajuk untuk berborak. Tak hairanlah kawan-kawannya ada Melayu, India, China, tua, muda… kanak-kanak pun sayang padanya. Ketika cuti semester tahun 3 pengajian, aku dan Nurma curi-curi kerja sepenuh masa di sebuah pusat pager yang dah tak wujud lagi sekarang di Kuala Lumpur, kami buat tiga shift sebulan.. pagi, tengahari dan malam, gajinya cukuplah untuk kami isi perut, perut kereta dan jajan kalau sekali-sekala ingin tengok wayang atau beli jeans murah. Yang penting, kami sepakat tidak akan minta duit FAMA(father and mama lagi) cukuplah kami membebankan mereka dengan debaran samada kami lulus atau tidak masuk Universiti, tapi bukan debaran wang tidak cukup kerana kami mampu mencari pendapatan sendiri! Mungkin kerana kami komited dan menyenangkan, boss tidak banyak songeh bila kami minta tukar jadi permanent untuk shift malam bila kami masuk final semester.