Saturday, January 28, 2012

Yang asli atau organik?

Secara jujur, saya bukanlah pakar dan arif dalam hal pemakanan dan kesihatan ini. Tapi sejak dari kecik saya sudah diajar ibu tentang.. bukan nilai harga makanan, kandungan kalori mahupun mineral dalam setiap intake yang kami ambil ketika menikmati hidangan.. tetapi tentang keseimbangan.... dan kesucian pastinya! 
Saya tak perlu menceceh tentang betapa pentingnya gizi yang seimbang atau kandungan kalori.. umum tahu ianya penting mengikut saiz, keperluan dan aktiviti yang dilakukan.. bahkan jika diperhatikan sekarang, masyarakat kita sudah mula meletakkan isu kesihatan sebagai perkara paling penting berbanding mempunyai sepasang kasut Gucci atau handbag Prada!