Tuesday, April 23, 2013

Qasidah siulan Marjinah!

Dua minggu lepas syarikat saya menjemput Ustaz Don untuk bagi ceramah motivasi. Selama ini saya hanya dengar ceramahnya sahaja melalui 30 minit Ustaz Don di TV AlHijrah pasal Rukun Solat. Tengok sekejap pun cukup untuk memperbaiki kembali solat yang selama ni macam ayam patuk itik sudu!

Saya bukan jenis extreme terhadap mana-mana ustaz ataupun ustazah, jauh sekali fanatik dan taksub. Cukuplah sekadar menghadiri ceramah atau kuliah bagi pengisian rohani. Eh, saya tak kisah pun kalau sesiapa sahaja di sekeliling saya obses atau fanatik pada idol tertentu, itukan hak masing-masing. Lagipun tiada salah pun meminati hero/heroin pujaan jika itu boleh membawa impak yang positif terhadap mereka!

Cerita pasal Ustaz Don yang menjadi kegilaan Kak Ton, Kak Jemah, Mak Nab  (semua bukan nama sebenar), bila sahaja Ustaz Don melangkah masuk dewan sahaja, hmmm hilang la malu-malu siput kaum Hawa, terus jadi macam dalam Pasar Borong yang hingaq kerana terkejut dengan style Ustaz Don yang berkemeja siap dengan blazer dan memakai kaca mata Raybannya.. sekali imbas dah macam artis nak promote Xpax Celcom pulak!. Sampai Ustaz Don berkali-kali cakap, "Percayalah saya memang Ustaz Don, cuma hari ni saya mai tak pakai serban!" berderai ketawa ahli majlis mendengarkannya.

Ustaz Don yang rock!

Ustaz Don bercerita tentang kepimpinan Rasulullah dan mengapa ia harus menjadi Ikon pada muslimin dan muslimat. Tajuk biasa sahaja, dan talk nya pun tiadalah heavy macam ceramah lain, santai, bersahaja tapi yang betul-betul menyentuh dan membuka minda saya adalah tentang kehadiran Qasidah dalam diri kita. Qasidah ni macam puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Rasulullah S.A.W. Dia tak sama macam nasyid sebab kadang-kadang kita dengar nasyid tapi tak terbit pun rindu pada Allah atau Rasullullah S.A.W.

Qasidah ini dipercayai berasal dari kebudayaan arab dan ianya amat popular semasa kegemilangan Kerajaan Uthmaniah yang telah menakluki semenanjung tanah arab, Parsi dan rantau yang meliputi negara Bosnia, Serbia dan Macedonia.

Qasidah ini sebenarnya dah di glamourkan lagi melalui filem melayu. Ingat lagi tak filem arahan Tan Sri P Ramlee dalam Ali Baba dan 40  penyamun? Lagu" Alangkah indah Diwaktu Pagi (clip lagu). Melodinya itu diambil dari Qasidah yg memuji Nabi Muhammad s.a.w, bertajuk - Tholama ashkuu gharami (Clip Tholama). Pak Sheikh yang dari Arab datang sini pun cari balik koleksi lagi Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang ada kait mengait Qasidah jugak! Memang Allahyarham Tan Sri ni bukan sekadar penghiburkan?

Lagu tu memang best.. tapi kalau kita relate dengan lirik asal, lagi tangkap hati, makin dekat dengan kekasih Allah, Rasullullah S.A.W.
Satu lagi... sebelum Ustaz Don meninggalkan majlis, dia tanya. Apa hukumnya seseorang itu (saya andaikan seseorang tu lelaki dan wanita lah ye, senang cerita) menberitahu isi hatinya pada wanita/lelaki itu yang dia tangkap dalam hati tu?? Apa jawapan anda??? jawapan Ustaz. Sunat memberitahu akan isi hati atau feelingnya kerana Nabi juga memaklumkan isi hatinya pada sahabat-sahabat yang dia sukakan Saidatina Habsah! Tapi.. pesanan saya pulak.. risik dan bisik-bisik pada member cukuplah, tak payah nak buat press conference atau post kat FB bagai.. maklumlah sekarang zaman fitnah.. takut-takut anda dikejar dengan parang pulak sudahnya!




1 comment: