Seronok ke jadi perempuan?
Seronoklah..sebab kami ada Hari Wanita Sedunia.. lelaki ada??

lagi?
Hm..kalau pergi shopping mall, jika ada 10 tingkat, 9 tingkat semua kami punya! Yang bajunya, yang henbegnya, yang pakaian dalamnya, pinggan mangkuk, periuk belanga, alas meja.. 1 floor sahaja untuk kaum lelaki itu pun kena share dengan pakaian kanak-kanak.
lagi?
Cerita yang meleleh-leleh semua untuk cater market kami.. Adam Hawa, Sehangat Asmara,.. kalau lelaki tengok pun sebab kami yang pelawa. Yelah.. kalau tidak nanti dia kata kami feeling kat hero selain dia pulak.. dah haru! tapi bila dia tengok Baywatch pandai pulak tak ajak kami???
lagi?
kami cuti bersalin boleh sampai 90 hari.. walaupun sebenarnya taklah setimpal dengan sakit beranak atau sengsaranya membawa kandungan sehingga 9 bulan dan jalan dah macam mak ketam, tapi kami tak merungut pun.
Lagi?
Kalau kami bawak kereta slow kat lane kanan, atau tiba-tiba saja slowkan kenderaan tanpa sebab atau parking kereta tayar masuk petak sebelah sekali pun orang tak marah.. paling kuat kami kena horn je.. yang biasa kami dengar..'standard lah, pompuan yang drive!
Lagi?
Hari raya kami dapat berpuluh pasang baju, yang raya pertama baju oren, raya kedua baju biru bunga kecik-kecik, raya ke tiga baju ropol ropol hijau, raya ke empat, ke lima, hingga habis Syawal semua kena lain. Maklumlah Jakel, Gulatis buat Sale tiap-tiap hari, takkan kami nak lepaskan peluang?! Lagipun Kak Mah tailor sediakan pengambilan baju secara ansuran.
Lagi?
Kami ada macam-macam fashion tudung..kalau kami bosan pin tengah, kami lilit-lilit, kadang-kadang kami pusing ikut arah jam, kadang lawan jam, kadang kami serkup je macam Dark Vader dalam Star Wars tu..ikut mood jugaklah. Fesyen terbaru sekarang adalah dengan memakai tudung seperti melilit towel macam lepas mandi.
Lagi?
Kami banyak saving systems.. antaranya saving kutu Mak Datin, kutu pinggan Corelle, kutu pinggan Vintage, kutu Tupperware..semua kutu kami berfaedah walaupun tiada faedah/dividen pun.. tapi yelah, dari jadi ahli Kutu Jalanan, atau kutu rayau???!
Cukup-cukuplah kami senaraikan kenapa kami rasa bahagia dan beruntung jadi perempuan atau wanita! Walaupun terpaksa teguk berbotol-botol kollagen supaya nampak muda 10 tahun, atau kunyah Kacip Fatimah sebab nak ketat tang mana pun kami tak pasti, atau terpaksa ikat perut sebab nak handbag Coach, Gucci, Hermes macam Kak Ros pakai tapi kami sangat bersyukur dilahirkan menjadi wanita.
Sebabnya? jika kami memilih untuk menjadi wanita yang solehah, yang hidup dan mati dengan redha suaminya dan redha Allah maka Allah menjanjikan ganjaran yang maha hebat buat kami!
Sebuah hadis Nabi
menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa
sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh
memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit
akan diampunkan oleh Allah s.w.t. akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah s.w.t. bagi 12 tahun pahala ibadat.
Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas, manakala wanita
yang picit suaminya bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
Sebenarnya banyak lagi ganjaran yang Allah sediakan untuk kami..wak ema kupas sebutir bawang pun kami dapat pahala, apatah lagi kupas seguni!
Buat kaum wanita di luar sana, jangan bersedih dan berduka seandainya hidup kita tidak semewah, tidak seindah seperti rakan-rakan lain kerana apa yang kita gengam dan intai di dunia ini semua adalah bersifat sementara. Jadilah seorang wanita yang dirindui kerana hemah dan tinggi budi pekertinya, atau wanita yang menjadi idola pada anak-anak supaya mereka akan bangga menulis dan bercerita tentang kehebatan ibunya dan bukannya Justin Bieber atau Lady Gaga yea!
No comments:
Post a Comment