Saturday, April 20, 2013

Sport lagi ke?

"Yan.. aku tengok kau ni dah macam Joyah sport dalam majalah Ujang tu... aku panggil kau Joyah sport la" terburai gelak masing-masing mendengar cadangan bagi panggilan baru untuk nama saya. Diam tak diam, sudah 23 tahun mereka memanggil saya dengan nama baru tu.. nama singkatan Joy, nama panjangnya Joyah Sport.
Masa kejadian anugerah nama baru tu, kami baru di tingkatan dua. Biasanya petang-petang lepas balik prep, kami main di padang, samada Volleyball, Netball, Badminton. Selalunya lepas habis beriadah kami akan baring beramai-ramai di bawah kipas yang memang dihalakan tepat ke arah muka masing-masing. Masa inilah kami akan bercerita, bergossip sampai senja. Elok sahaja azan berkumandang barulah masing-masing akan seperti lipas kudung bersiap untuk sembahyang Maghrib berjemaah dan terus sambung prep malam. Itulah kehidupan budak asrama!
Apa pun saya sukakan nama tu, Joyah Sport. Memang kena sangat! Seingat saya, sejak dari sekolah rendah lagi saya aktif bersukan. Dari acara padang, merentas desa, acara berpasukan sayalah antara atlit pilihan. Paling ingat semasa darjah 5, gurubesar kami Cikgu Alias memanggil peserta lompat tinggi supaya memerhatikan cara saya melompat melepasi palang yang gaya ala-ala professional itu! Bila saya tengok cerita Korea The Beautiful You, teringat kembali cara begitulah saya praktikan ketika cuba melepasi palang besi itu sebelum jatuh gedebuk seperti nangka busuk di atas tilam nipis. Saya ingat lagi, ayah pernah warning pada saya jika tidak dapat 5A dalam percubaan UPSR, jangan harap dia benarkan lagi saya aktif dalam sukan. Wow! bagaimana saya bisa membuang gian berlari di trek luas terbentang dalam hidup??? apa perlu saya buat untuk terus berlari?? ya.. pulun belajar!


Minat pada sukan tak pernah padam, sehingga semasa di Matrikulasi, saya mewakili Kolej dalam acara lari pecut bagi Acara Tahun Sukan IPTA. Lepas tu, bila dah kerja saya berjinak-jinak dengan pasukan Bola jaring dan mewakili syarikat dalam acara sukan tahunan Telekom.
 


Laparnya saya pada sukan jangan ditanya. Sebab itulah bila sang suami mempelawa saya untuk belajar menunggang kuda, hmm.. kecik tapak tangan dataran Merdeka saya tadahkan!!! gembira bukan kepalang, terutama dapat peluang menceburi sukan Equestrian yang sudah lama saya intai dalam diam. Saya rasa inilah satu-satunya aktiviti jasmani yang saya boleh nikmati selain dari berlari keliling rumah mengejar Isqandar!
 
Sentuh sikit pasal sukan berkuda ni, Alhamdullilah saya dah berjaya complete 3 classes sejak dari tahun lepas. Bermula dengan Beginner Class, Intermediate dan Advanced! Setiap hari Rabu  pagi bertempat di Putrajaya Equestrian Club  saya akan habiskan masa dalam sejam untuk belajar teknik dan tektik horseback riding dan jungle trekking termasuklah cara Trot, Walk dan Canter. Walk ni biasalah, bawak kuda jalan-jalan sikit sebelum mula trot dan canter. Trot ni teknik mengangkat badan ketika kuda seakan melompat dan kita akan berdiri mengikut ryhthm kuda. Teknik ini juga digunakan semasa kuda jumping. 

Kuda kena quarantin..eh,sama kaler?
Canter  pula adalah acara belasah kuda selaju-lajunya sambil control body supaya tak tergolek bila masuk lumpur atau langgar bonggol. Semasa canter anggota yang paling memainkan peranan penting adalah lutut dan peha. Kalau kita mahu kuda lari lebih laju, hanya ketatkan peha dan lutut pada badan kuda sambil badan tunduk rapat ke depan dan kaki mengetuk peha kuda, cukup untuk menghantar isyarat untuk merempit!

Paling kena waspada bila jungle riding, kuda ni dia bukan kesah pun Rider duk celah mana, janji dia lepas. Jadi bila lalu kawasan banyak dahan kena tahu macammana nak manuever kuda supaya kita tak kena libas dek pelepah sawit atau dahan rendang. Pastikan kita yang buli kuda, bukan mereka!

Begitu juga dengan bila masuk lopak atau lumpur, kena tahu mengelak supaya kaki kuda tak terbenam dalam lumpur dan ada possibility kita tergolek. Coach saya samada Sufian atau Sarjan akan ajar teknik handle kuda bila sampai corner, selalunya bila kita canter, apabila dekat sahaja dengan corner hanya gunakan posture badan untuk pusingkan kuda dan serentak itu mainkan reins (tali) yang diikat pada mulut kuda supaya smooth je bila kita kona baring.
Banyak lagi perkara yang saya belajar bila manuever binatang perkasa ni, di antaranya kuda ni sangat alert dan sensetive. Bila dia lari laju ke hadapan telinganya akan turut sama bergerak untuk cam bunyi yang dia sendiri tahu nak elak atau nak ikut. Dia juga boleh sense samada anda nervous atau sedang relax! Jadi..sembunyikan emosi bila berdua-duaan dengan si tangkas ini!

Peel kuda ni bila dah dekat dengan stable dia memang pecut habis sebab dia nak cepat masuk kandang dan berehat. Jadi bila dah dekat dengan stable biasanya saya akan segera tarik perhatian samada kita bawa ke tempat lain atau pusing ikut arah mana kita nak ronda dengan dia.

Pagi-pagi kuda akan dibawa berjalan-jalan

 Part yang paling best bila kita canter dalam hutan..semakin laju kita berlari, semakin kuat jantung berdegup semakin seronok. Macam racing kereta jugaklah. Rush adrenalin gitu!

Arhh! Satu lagi impian saya yang belum tercapai, nak join team Polo wanita dan team horse jumping. Teringin! tapi sebab masa membataskan aktiviti sampingan, saya pendam dulu hasrat ini. Lagi satu, kalau nak main Polo lebih best ada kuda sendiri, tapi harga kuda seekor.. umang aiii! belum campur cost sewa stable dan makanan serta penjagaan lain. Mau rabak cukup bulan! Jadi.. wahai hati.. bersabarlah dulu! Oh, pada mereka yang ingin menceburi sukan lasak ini, kalian boleh beli equipment seperti helmet (headgear), boots, gloves, jodphur (pants) dan sebagainya dengan harga yang berpatutan di sebuah Equestrian Shop di Ampang Plaza.

Rindu pada Ruviah yang jinak merpati tapi tangkas berlari, Negro yang nakal dan pantang di cabar dan paling rindu? nak rasa kembali sakit urat di peha dan kejang di tengkuk serta lenguh- lenguh di badan selepas menunggang mereka! Rasanya itulah sahaja aktiviti jasmani yang saya suka  setakat ini.. sebab minta maaf, saya benci jogging keliling taman apatah lagi berlari atas treadmill. Mudah pancit! Aduhai... joyah sport..joyah sport.. sport lagi ke??!!

No comments:

Post a Comment