Muka Isqandar- Kulit dan kotak sarung Album Wandus sama cetakan |
Dalam sebuah printed material yang mempunyai 20 helai mukasurat, saya dapat merakam beratus-ratus aksi dan wajah-wajah Isqandar seawal sehari hingga 3 tahun! Banyakkan?! Seronok kerana tak perlu lagi menyusun satu persatu ratusan gambar-gambar ini ke dalam beberapa buah album jika saya memilih untuk mencuci secara manual.
Kulit belakang pun boleh print apa saja |
Bila Wandus Album itu sampai ke ofis saya petang itu, perkara pertama yang terbit di hati ialah..Wow! Cepat gila siap! Walhal baru tiga hari lepas saya menghantarnya pada Wandus untuk dicetak, alih-alih sudah di atas meja!
Mari kita bicara tentang finishing produk ini. Yelah, orang kata kerja cepat ni kadang-kadang cincai! Tekaan saya meleset, gembira saya kerana melihatkan hasilnya yang kemas dan indah. Setiap helai disusun dan dicantum rapi tanpa lelehan gam yang berlebihan. Riak kertas tiada langsung berombak atau mengelembong walau mereka menggunakan kertas glossy yang tebal. Paling utama, ianya kalis air, tidak mudah koyak melainkan anda menggunting atau menggigitnya dan tidak mereput!
Album ini bukan sahaja menggunakan chip board sebagai kulit album tetapi juga kotaknya. Sudah tentu ianya tahan lama dan tak mudah reput macam album-album saya yang sebelum ni!
Dulu ingat lagi masa saya dibangku sekolah, habis majalah ibu saya kerat setiap huruf, perkataan atau perenggan menarik yang saya rasakan sesuai untuk diletakkan pada gambar-gambar saya. Kononnya ayat-ayat itu menterjemah suasana ketika gambar itu dirakam. Tapi kesudahannya, keratan itu menjadi kuning bersama gambar-gambar di dalam album. Kini tidak lagi dengan Wandus Maker sebab setiap caption atau petikan ayat-ayat boleh di tulis terus atau di cut and paste samada di sebelah atau di mana-mana sudut gambar yang kita rasakan sesuai!

Oh ya! ada berita yang paling sensasi dan menarik bulan April 2014 dan berakhir sehingga akhir bulan Jun 14. Wandus menawarkan diskaun sebanyak 30% bagi produk-produknya bersempena dengan hari Ibu pada 11 May 2014 ini. Jadi, tunggu apa lagi??? ambillah kesempatan ini untuk merakamkan saat-saat indah anda bersama ibu tersayang ke dalam Album Wandus. Pasti inilah hadiah yang paling istimewa dari anda buat seorang bonda... kenangan terindah yang diabadikan!

No comments:
Post a Comment