Saturday, January 28, 2012

Yang asli atau organik?

Secara jujur, saya bukanlah pakar dan arif dalam hal pemakanan dan kesihatan ini. Tapi sejak dari kecik saya sudah diajar ibu tentang.. bukan nilai harga makanan, kandungan kalori mahupun mineral dalam setiap intake yang kami ambil ketika menikmati hidangan.. tetapi tentang keseimbangan.... dan kesucian pastinya! 
Saya tak perlu menceceh tentang betapa pentingnya gizi yang seimbang atau kandungan kalori.. umum tahu ianya penting mengikut saiz, keperluan dan aktiviti yang dilakukan.. bahkan jika diperhatikan sekarang, masyarakat kita sudah mula meletakkan isu kesihatan sebagai perkara paling penting berbanding mempunyai sepasang kasut Gucci atau handbag Prada!

Biasa mendengar makanan organik?? secara generalnya, makanan organik adalah dari sumber semulajadi.. tidak berasaskan dari baja bahan kimia, tidak melalui proses pengawetan dan apa-apa saja yang dinamakan tiruan.. Tulen bang!

Saya lebih senang membeli sayur organik jika diberi pilihan berbanding sayur baja kimia atau awet, walaupun saya bukanlah health conscious sangat, tetapi saya senang jika makanan yang diambil tidak dimomok dengan bahan yang diragui kandungannya.. tapi benar.. yang asli itu memerlukan pengorbanan.. korban wang lebih sedikit dari sayur baja kimia!... Tapi anda jangan salah anggap, bukanlah bermakna sayur biasa itu tidak elok atau bahaya.. cumanya ianya melalui proses 'make over' supaya rupanya lebih indah dan 'segar' di mata walau sudah seminggu di peti ais.. bagaimana??? itu anda kenalah kaji sendiri... bahaya saya mengeluarkan fatwa dan kajian yang boleh terpesong jika disalah anggap..:)

Banyak sebenarnya makanan yang berasaskan dari baja organik ini, antaranya buah-buahan, sayuran, ayam, lembu, susu, roti, kosmetik dan pelbagai lagi.Dan sekarang sangat mudah didapati.. kerana masyarakat sudah mula serious dan tidak lokek dalam berbelanja terutama hal-hal yang bersangkut dengan kesihatan dan kecantikan!

Sekarang pun sudah banyak restauran, cafe dan pasaraya yang menjual bahan berasaskan organik, antaranya Cold Storage, Giant, Carrefour. cafe pula, saya senang ke Haven Cafe yang bertempat di Ampang Hilir. Sebuah banglo putih yang comel, tetapi sarat dengan pilihan makanan dan minuman berasaskan organic foods, cosmetics, pakaian, mainan dan macam-macam lagi! Suasana yang tenang untuk menikmati secangkir kopi dan pancakes yang fluffy!

Ringkasnya   Haven Cafe  ni tempat santai kalau jiwa meronta setelah seminggu tersadai dalam kesesakan kota.Harganya?? dikira berpatutan untuk makanan yang berasaskan organik.. contoh seperti raw coffea dan latte mereka hanya rm10 secawan, atau pancake 5 pieces rm12..kek choc/tiramisu sepotong dari rm12-15.

Mereka grind sendiri kopi disini, jadi rasanya lebih mantap dari biasa. Begitu juga dengan cake, mereka hanya masak jika di order.. Kalau anda ingin mencuba croissant dari organic wheat (walaupun rasanya tidak sehebat The Loaf) disini antara yang terenak. 

Kids eco friendly apparel.. brand Tapir.. tapi bukanlah maksud baju dari Tapir organik ye..
Seronok melihat deretan wheat and juices organics.

Tea and coffee selection..paling best lemongrass ginger tea..
Di tengah hiruk piku Ampang street.. ada sedikit kedamaian di  celah Ampang Hilir


Kids area!


Favorite latte!

Home made organic choc filling


Tentang khasiat dan kelebihan makanan berasaskan organik pula.. secara ringkasnya, ianya lebih asli, lebih bersih dan tentunya lebih memberikan nilai pada wang anda!

Ada juga study yang mengatakan makanan berasaskan bahan organik ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung kerana kandungan ejen antioksida didalam makanan organik adalah 50% lebih banyak berbanding makanan yang menggunakan proses bahan kimia. Ejen ini dapat membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.Selain daripada itu, kandungan nutrien untuk makanan organik juga adalah tinggi berbanding makanan yang diproses. Lebih bersih kerana ia melalui proses secara semulajadi. Walaupun bahan kimia mampu untuk menyuburkan, mencantikkan, mengelak tumbuhan atau haiwan daripada penyakit dan sebagainya, tetapi bahan kimia yang digunakan itu sendiri memberi kesan terhadap khasiat sesuatu makanan itu.

Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: " Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal"


You are what you eat!... penting tu.! the food one eats has a bearing on what one's state of mind and health! tidak kiralah berapa mahal atau murah roti dari gandum baja taik ayam ataupun baja kimia..atau sesedap mana pun grilled chicken yang hanya makan dedak organik, tapi jika pengambilannya hanya mengikut hawa nafsu dan selera algelojoh semata maka benda baik yang harapkan kelak bertukar menjadi penyakit pula.. Oh..minta dijauhkan!

No comments:

Post a Comment