Monday, April 22, 2013

Tumbang hujung minggu


Tumbanglah sudah pemimpin yang gagah perkasa Sabtu lepas. Dek tak tahan lagi diasak dengan pelbagai ujian dan cabaran, akhirnya tuan pemimpin kami tersungkur lembik dua hari.
Biru, hijau mukanya lepas balik dari perhitungan di Kota Damansara pada Sabtu pagi.. hari pencalonan.
Ya, sekarang tengah musim demam, demam pilihanraya dan demam seram sejuk sebab cuaca tak menentu. Tapi pemimpin yang tumbang seperti yang saya ceritakan bukanlah Calon PRU13 atau DUN kawasan saya... tapi best friend iaitu suami saya yang tiba-tiba demam di hujung minggu! Elok sahaja balik dari main Futsal di Kota Damansara tiba-tiba terus demam. Kesiannnn.... (macam Rafi assistance Jamil dalam Madu 3 pulak)

Lumrah, menjaga sang suami demam akan lebih kurang sama macam jaga anak kecil demamkan? Nak dipicit-picit, nak makan bersuap..ubat nak diperingat. Itu belum lagi rintih raungnya dan muncongnya yang boleh disangkut cawan menahan tak enak badan! Kesian...
Bila ayah budak-budak ni demam, semua tak kemana-kemana. Duduk rumah sama menongkat dagu jugaklah. Nak tinggalkan keluar tak sampai hati pulak walaupun tengok macam dah kebah!
Rasanya begitu jugalah isteri-isteri diluar sana. Kalau sang suami dan anak-anak tak sihat, kitalah yang paling rungsing dan susah hati. Nak tidur malam pun takut, risau kalau sakit pening mereka datang tiba-tiba. Nak ditinggalkan sendirian berat rasa hati, macam-macam rasa didalam lagi-lagi kalau terkena hari berkerja. Rasa macam nak terbang pulang kalau company tu suami atau ayah kita punya.
Rasanya, kerana itulah Allah meletakkan Syurga itu dibawah kaki ibu. Dan ”Behind Every Successful Man, There is A Woman“... Besar pengorbanan seorang isteri dan ibu kan?
Aduh..sebenarnya saya ada assignment yang harus di submit pada Boss esok, tapi selama dua hari ini aura dan ilham tak kunjung tiba. Sungguh! Saya sangat malas dan merasa sangat letih selama dua hari ini.
Sang suami, kiranya anda terbaca coretan saya kali ini, sudikah anda belanja saya nasi bubur Kampung Baru minggu depan menggantikan minggu ini yang anda tumbang siang dan malam????

No comments:

Post a Comment