Wednesday, August 18, 2010

Ikhlas




Terdorong saya untuk menulis tentang keikhlasan dari mata kaca dan tinta saya... saya ikhlas menerima kritikan anda penyudah tulisan ini.. kerana pastinya definition itu juga berbeza di mata anda.. depends on how people interpret the meaning of Ikhlas.. what is the meaning of sincerity?...for me... simple as ... no more grudging, no more talking behind. Mengomel-ngomel dan komplen tak kesudahan penghujungnya...

Ceritanya.. bila saya terbaca setiap komen kawan-kawan dan juga salah satu topik wajib di radio pagi-pagi tentang jualan di Bazaar Ramadhan,rata-rata mengatakan... kuih mahal.. tidak setanding harga dan kuantiti..atau barangkali kualitinya yang tidak sepadan! Ada yang lebih menyedihkan bila makanan itu sudah basi sebelum sempat dijamah... hai..peniaga-peniaga sekelian.. ikhlas kah anda sebenarnya berdagang? atau anda sekadar menjadi perompak di bulan Ramadhan... yang mencuri hasil titik peluh pembeli dengan pertukaran yang merugikan??? atau barangkali anda ini.. bercita-cita menjadi Orang Kaya express?? kerja sebulan.. untungnya untuk 11 bulan?? sekurang-kurangnya, kasihanlah pada pengunjung Bazaar yang berpusu2 mengharungi jem selepas pulang pejabat semata-mata.. terbayangkan kuih karipap anda... tapi bila mereka pulang.. apa yang mereka dapat hanya kulit tepung semata,adalah sedikit inti.. tapi boleh dibilang kentangnya... nasib untung sedap.. nasib rugi??? sedikit pun tak rasa karipap... silap haribulan...rasa lempeng!

Kadang-kadang saya terfikir... adakah peniaga ini tahu bahawa kuihnya..atau barang dagangan mereka bukan sahaja tidak sedap rasanya malahan tidak sedap dipandang ? tergamakkah mereka menjuallnya pada insan??ikhlas kah anda? pada pembeli pula.. usahlah dipanjang-panjangkan..dijaja-jaja cerita sehingga 'over' pulak. silap haribulan jadi Fitnah. Jangan melampau-lampau sehingga boleh membunuh peniagaan mereka itu... silap-silap boleh bangkrap sebelum tamat Ramadhan... apa yang anda harus buat jika tertipu??? berjumpalah dengan peniaga dan beritahu/bercakaplah tentang kejadian yang menimpa anda seteleh membeli barang mereka..kemungkinan mereka tidak menyedari yang jualan pada hari itu tidak boleh lagi diniagakan.Jika anda tidak berbuat demikian, takut orang lain pulak terkena... kesian mereka dan keluarga mereka...

Ya saya faham... bukan mudah nak maafkan orang di atas kerugian anda itu... saya acapkali melalui peristiwa itu.. sehingga buat saya serik.. dan decided untuk masak sendiri apa yang saya teringin makan. Bimbang jika nasib tidak menyebelahi, anak-anak menjadi mangsa sakit perut dan sebagainya.Tak sanggup berkampung di hospital jika meng'eleh'kan perkara serius begini..tambahan lagi keadaan size keluarga tidak mengizinkan saya membeli belah sesuka hati,banyak yang perlu di consider.. tapi tetap saya tidak berpuashati jika anda terus mengomel, mencaci dan melebih-lebihkan cerita jika tidak berpuas hati dengan 'kekecewaan' anda akibat tertipu... ingatlah..mungkin itu sedikit Ujian Allah atau mungkin... Allah menduga kesabaran anda... tapi yang pasti.. Allah lebih mengetahui mengapa anda 'terkena' hari itu... dan anda.. sebaiknya.. niatkan sahaja duit itu untuk Sadakah kepada penjual itu.. mungkin dengan duit anda.. peniaga itu dapat membeli telekung atau baju raya untuk anak-anak mereka... mungkin dengan keikhlasan anda memaafkan ketidaksengajaan mereka.. memberikan hidayah pada mereka... dan pada ahli keluarga anda yang lain yang masih belum terpanggil untuk mendekati Allah.

Ikhlaskan anda menerima teguran dan tulisan saya?

1 comment: