Sunday, August 8, 2010

Semalam saya

Entah bila minat menulis mengetuk kembali ruang hati... seingat dari seawal darjah 3 barangkali..aku sudah mula menulis..bermula dari berlumba-lumba menulis cerpen dengan rakan sebaya bernama Wati aku mula mengasah bakat..

Dari cerita ayah, baru kusedari yang aku mewarisi bakat ayah.. nyatanya aku anak ayah yang suka bercerita dan mengarang..tapi aku menulis hanya sekadar memenuhi masa.. sedang ayah menulis untuk menggarap ilham, berkongsi pengalaman dan mencurah ilmu kepada pembaca.. dua tulisan yang berbeza..tapi tetap dianggap..menulis!

Terlalu banyak yang terakam dibenak... tak terluah dan sering bermain difikiran..meracau dalam hati.. ada baiknya dilontarkan saja pada dinding kosong yang tidak prejudice pada setiap bait opinion dari hamba Allah yang banyak cupik dan kelemahannya. Diruang ini.... aku akan mengkritik.. berkongsi cerita suka dan duka.. tak terlepas berkongsi ilmu dan resepi.. kerana selain menulis, aku pantas memasak..
dan jika ada yang tidak setuju dengan pandangan ku ini.. anggaplah ini hanya omelan dan rungutan biasa dari seorang wanita cilik dan dangkal ilmunya.

Selamat Beristirehat..

No comments:

Post a Comment