Dua minggu lepas syarikat saya
menjemput Ustaz Don untuk bagi ceramah motivasi. Selama ini saya hanya dengar
ceramahnya sahaja melalui 30 minit Ustaz Don di TV AlHijrah pasal Rukun Solat.
Tengok sekejap pun cukup untuk memperbaiki kembali solat yang selama ni macam
ayam patuk itik sudu!
Saya bukan jenis extreme terhadap mana-mana ustaz ataupun
ustazah, jauh sekali fanatik dan taksub. Cukuplah sekadar menghadiri ceramah
atau kuliah bagi pengisian rohani. Eh, saya tak kisah pun kalau sesiapa sahaja
di sekeliling saya obses atau fanatik pada idol tertentu, itukan hak
masing-masing. Lagipun tiada salah pun meminati hero/heroin pujaan jika
itu boleh membawa impak yang positif terhadap mereka!
Cerita pasal Ustaz Don yang
menjadi kegilaan Kak Ton, Kak Jemah, Mak Nab
(semua bukan nama sebenar), bila sahaja Ustaz Don melangkah masuk dewan
sahaja, hmmm hilang la malu-malu siput kaum Hawa, terus jadi macam dalam Pasar
Borong yang hingaq kerana terkejut dengan style Ustaz Don yang berkemeja siap
dengan blazer dan memakai kaca mata Raybannya.. sekali imbas dah macam artis
nak promote Xpax Celcom pulak!. Sampai Ustaz Don berkali-kali cakap,
"Percayalah saya memang Ustaz Don, cuma hari ni saya mai tak pakai
serban!" berderai ketawa ahli majlis mendengarkannya.
Ustaz Don yang rock! |
Ustaz Don bercerita tentang
kepimpinan Rasulullah dan mengapa ia harus menjadi Ikon pada muslimin dan
muslimat. Tajuk biasa sahaja, dan talk nya pun tiadalah heavy macam ceramah
lain, santai, bersahaja tapi yang betul-betul menyentuh dan membuka minda saya adalah tentang
kehadiran Qasidah dalam diri kita. Qasidah ni macam puisi atau
puji-pujian terhadap Allah mahupun Rasulullah S.A.W. Dia tak sama macam nasyid
sebab kadang-kadang kita dengar nasyid tapi tak terbit pun rindu pada Allah
atau Rasullullah S.A.W.
Qasidah ini dipercayai berasal
dari kebudayaan arab dan ianya amat popular semasa kegemilangan Kerajaan
Uthmaniah yang telah menakluki semenanjung tanah arab, Parsi dan rantau
yang meliputi negara Bosnia, Serbia dan Macedonia.
Qasidah ini sebenarnya dah di glamourkan lagi melalui filem melayu. Ingat lagi tak filem arahan Tan Sri P Ramlee dalam Ali Baba dan
40 penyamun? Lagu" Alangkah indah Diwaktu Pagi (clip lagu). Melodinya itu diambil dari Qasidah yg memuji Nabi Muhammad
s.a.w, bertajuk - Tholama ashkuu gharami (Clip Tholama).
Pak Sheikh yang dari Arab datang sini pun cari balik koleksi lagi Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang ada kait mengait Qasidah jugak! Memang Allahyarham Tan Sri ni bukan sekadar penghiburkan?
Lagu tu memang best.. tapi
kalau kita relate dengan lirik asal, lagi tangkap hati, makin dekat dengan kekasih Allah, Rasullullah S.A.W.
Satu lagi... sebelum Ustaz Don
meninggalkan majlis, dia tanya. Apa hukumnya seseorang itu (saya andaikan
seseorang tu lelaki dan wanita lah ye, senang cerita) menberitahu isi hatinya pada wanita/lelaki
itu yang dia tangkap dalam hati tu?? Apa jawapan anda??? jawapan
Ustaz. Sunat memberitahu akan isi hati atau feelingnya
kerana Nabi juga memaklumkan isi hatinya pada sahabat-sahabat yang dia sukakan Saidatina
Habsah! Tapi.. pesanan saya pulak.. risik dan bisik-bisik pada member cukuplah,
tak payah nak buat press conference
atau post kat FB bagai.. maklumlah sekarang
zaman fitnah.. takut-takut anda dikejar dengan parang pulak sudahnya!
(Y)
ReplyDelete