Monday, April 2, 2012

Yang kurik itu kendi..

Saya senang dan kagum dengan usaha Dato Dr Rais Yatim memperkasakan budaya dan bahasa kita.. kalau follow twitter dia pun, Dr Rais tak putus-putus berkempen tentang bahasa jiwa bangsa. Terdengar ulasan dari Radio Nasional tentang keseriusan beliau memperjuangkan bahasa ibunda dan budaya timur kita yang luhur.. Tepat Dr.. tepat pada masanya bila manusia semakin rakus dalam mengejar matlamat menjadi negara maju dan segalanya-galanya terkini, budaya dan bahasa mereka pinggirkan!

Teringat perjalanan singkat saya ke Bangkok, Thailand. Saya rasa rata-rata sudah sampai ke negara gajah putih itu.. kalau anda tonton siaran TV dan dengar radionya, perasankah anda tak ada satu pun filem atau 'channel' berbahasa asing..yang English movie pun cakap Siam! itu belum lagi dengan rakyatnya... yang tahu berbahasa Inggeris hanya segelintir.. paling arif??."massage sir"..


Walaupun sebenarnya mereka paham dan barangkali tahu serba sedikit, sebolehnya mereka enggan bercakap bahasa Inggeris. Tapi tidaklah bermakna rakyat dan ekonominya mundur. Bahkan Thailand merupakan negara termaju di Asia, dan negara ke 2 termahal selepas Singapore.

Meniti kehidupan masyarakat yang memiliki 50 daerah ini walau hanya sebentar sudah cukup memberikan kesan pada diri saya -..penjelasan tentang adat sopan dan budaya yang mereka sanjung tinggi. Mungkin kerana sifat jati diri dan sayangkan bangsa dan budaya, mereka kuat mental dan fizikal melawan kuasa asing yang ingin menjajah mereka kerana hasil buminya maha kaya. Dan kerana mungkin itulah yang menarik kuasa bangsa lain datang bertandang ke bumi Ayutthaya ini..jika tidak masakan 10 juta setiap tahun pelancong negara barat datang menyedut udara Menam Chao Pharaya? selama 4 hari disana, berani saya katakan.. belum lagi saya berjumpa pasangan muda yang bercumbu mesra di dalam MRT mahupun shopping complex. mungkin ada, tetapi jumlahnya sangat sedikit dibandingkan dengan gelagat remaja kita yang tidak segan silu melakukan adegan 18SG baik di dalam LRT atau Taman KLCC. Dan hiruk pikok Bangkok tidak sekalipun menenggelamkan perasaan hormat mereka pada pendatang asing seperti saya.. Sawadikap dan Kap Kum Kap sentiasa bermain di bibir mereka. Memang sangat kena dengan budaya dan seruan kerajaan mereka dalam menggalakkan pelancong dan pelabur asing menabur duit dalam kawah ekonomi mereka.

Lupakan seketika tentang sex attraction yang anda bisa perolehi dari Nighlife di Silom atau Soi Cow Boy  di Sukhumvit, tapi teladanilah cara mereka menguruskan public transport yang memang sangat efektif dan well connected! atau pelajarilah bagaimana customer service mereka ketika berurusan dengan sesiapa yang melangkau ke konti perniagaan mereka. Memang antara yang terbaik.. untuk sebuah negara yang tidak pernah sekelumit dipijak dan diranduk oleh penjajah!

Berbalik pada usaha Menteri Penerangan kita dalam memperkasakan bahasa dan budaya, sanjungan dan sokongan harus diberikan biar pun hanya sebaris Terima Kasih pada setiap perbuatan. Tidak rugi kita memperjuangankan budaya dan bahasa kerana sedang dalam berdakwah dan meyeru manusia dalam melakukan kebaikan, yang paling utama adalah budi bahasa. Tidak guna ilmu segunung akal selautan, jika budi bahasa itu tidak dimahkotkan. Dan benarlah.. Yang kerana kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.. kerana budi ku jatuh hati...

No comments:

Post a Comment